SELAMAT DATANG

Wednesday 16 May 2012

Apa Itu Tenaga?

           Tenaga ialah kebolehan untuk melakukan kerja. Tenaga wujud dalam bentuk-bentuk yang berlainan seperti haba, cahaya, mekanikal, elektrikal dan kimia. Adakah anda tahu kita menggunakan tenaga untuk melakukan setiap perkara? Daripada membuat nasi lemak kegemaran anda sehinggalah menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

           Sebagaimana yang kita tahu, terdapat dua jenis tenaga, iaitu tenaga yang tersimpan (tenaga keupayaan) dan tenaga yang bergerak (tenaga kinetik). Contohnya, makanan harian anda mengandungi tenaga kimia yang akan disimpan di dalam tuduh badan anda dan akan digunakan apabila anda bekerja atau bermain.


  • Adakah anda tahu mengenai sumber tenaga?

           Terdapat banyak sumber tenaga yang kita gunakan setiap hari. Sumber-sumber ini menyimpan tenaga dalam pelbagai cara. Sumber-sumber ini dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu Sumber Tenaga yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy Resources-RE) dan Sumber Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui (Non-Renewable Energy Resources-NRE).

           Sumber RE seperti angin, solar, air, biomas dan geotermal boleh diperbaharui secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat.

           Sumber NRE seperti minyak, arang batu, gas asli dan nuklear (uranium, plutonium, dll) pula adalah dan akan kehabisan pada satu hari nanti.


  • Adakah anda tahu sumber-sumber NRE adalah mahal?

           Sumber tenaga ini mahal kerana sumber ini adalh terhad dan akan kehabisan satu hari nanti. Sumber tenaga ini akan ditukarkan daripada satu bentuk ke bentuk yang lain supaya manusia boleh menggunakannya. Jika kita menggunakannya secara membazir, kos tenaga akan meningkat pada masa depan. Tambahan pula, lebih banyak tenaga kita gunakan, lebih banyak kita menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Kebanyakan sumber tenaga yang digunakan sekarang adalah daripada sumber fosil di mana ia merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. RE pula adalah mahal untuk dibina tetapi dalam jangka masa panjang ia adalah lebih berkesan dan kos efektif.

No comments:

Post a Comment