Apa Itu Elektrik?
Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Berikut adalah beberapa langkah yang telibat dalam penjanaan elektrik :
Banyak tenaga akan hilang semasa proses penukaran dari sumber tenaga kepada tenaga elektrik. Dengan erti kata lain, untuk menghasilkan tenaga elektrik, ia akan menggunakan banyak sumber tenaga. Ini adalah kos elektrik yang kita perlu bayar.
- Bagaimana Tenaga Elektrik Sampai Ke Rumah?
Saya akan menerangkan bagaimana tenaga elektrik sampai ke rumah anda. Secara amnya, terdapat 4 langkah utama untuk tenaga elektrik sampai ke rumah anda dari stesen janakuasa. Ini mungkin berbeza sedikit bagi satu negara dengan negara yang lain atau dari satu lokasi ke lokasi yang lain tetapi dari segi pengaturannya, ia adalah lebih kurang sama.
- Bagaimana Sumber Tenaga menjadi Tenaga Elektrik?
Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
TENAGA ANGIN
Angin adalah udara yang bergerak. Kita tidak boleh melihatnya tetapi boleh merasainya. Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan pergerakan ini membantu menghasilkan tenaga elektrik.
Aliran tenga: Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Rendah
Output: Bergantung kepada kekuatan tiupan angin. Di Malaysia kelajuan tiupan angin adalah rendah dan tidak konsisten.
TENAGA HIDRO
Kuasa Hidro adalah satu lagi jenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Manusia telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum. Elektrik dijana dengan membina empangan di tanah tinggi untuk menghalang air. Apabila air dilepaskan, ia akan memusing turbin dan menjana elektrik.
Aliran tenaga: Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Sederhana
Output: Pengeluaran yang tinggi dan bergantung kepada takungan empangan. Walau bagaimanapun, jumlah hujan menjadi faktor penentu. Perubahan ini boleh mempengaruhi operasi empangan.
TENAGA BIOMAS
Antara contoh bahan api biojisim adalah kayu, kumbahan dan sesetengah jenis sampah. Apabila biomas (contoh: Metana) dibakar, tenaga kimia di dalam sumber-sumber tenaga biojisim akan dibebaskan sebagai tenaga haba. Sebagai contoh, seorang peniaga membakar sate di pasar malam. Arang batu yang dibakar itu adalah dikira sebagai bahan api biojisim.
Aliran tenaga:
Tenaga Keupayaan (Tenaga Kimia) ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Rendah
Output: Pengeluaran yang tinggi dan bergantung kepada bekalan bahan mentah (merupakan bahan organik).
TENAGA GEOTERMAL
Pusat bumi mempunyai suhu yang sangat tinggi. Haba ini akan mengalir dalam kerak bumi dan kadang-kadang terbebas ke permukaan bumi dalam bentuk kolam air panas dan gunung berapi. Adalah mahal untuk membina stesen janakuasa tetapi kos operasi adalah jauh lebih rendah kerana kos sumber tenaga yang rendah untuk kawasan yang sesuai.
Aliran tenaga:
Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Rendah (jika diambil secara semula jadi)
Output: Stabil
TENAGA SOLAR
Tenaga solar boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, sperti haba dan elektrik. Tenaga solar ditukarkan kepada elektrik dengan menggunakan Photovoltaic (alat PV) atau sel solar - menukarkan cahaya matahari kepada elektrik secara terus.
Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Rendah
Output: Stabil dan sesuai untuk penggunaan domestik.
Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui
LOJI TENAGA PETROLEUM DAN GAS ASLI
Petroleum dan produk-produknya adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membantu kita melakukan banyak perkara. Kita menggunakannya sebagai bahan api untuk kapal terbang, kereta dan motosikal. Petroleum juga menghasilkan produk seperti bahan kimia, ubat-ubatan dan plastik. Ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang telah mati, dimana ia mendapat tekanan yang amat tinggi selama berjuta-juta tahun.
Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Tinggi
Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.
LOJI TENAGA ARANG
Hampir sama dengan petroleum, tenga yang tersimpan dalam arang batu berasal daripada tenaga yang tersimpan didalm tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Selama berjuta-juta tahun, lapisan tumbuhan yang mati di dasar paya dilitupi air dan selut, memerangkap tenaga yang tersimpan di dalam tumbuhan tersebut. Arang batu boleh digunakan dalam pembuatan plastik, tar, fiber sintetik, baja dan ubat-ubatan.
Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Tinggi
Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.
LOJI TENAGA NUKLEAR
Tenaga nuklear merupakan tenaga yang tersimpan di dalam nukleus atom bahan radioaktif. Bahan radioaktif yang selalunya digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear adalah uranium dan plutonium. Antara isu yang perlu diselesaikan oleh sesebuah negara adalah isu sisa radioaktif yang boleh mencemarkan alam dengan teruk, isu keselamatan reaktor nuklear dan kemungkinan berlakunya kebocoran bahan radioaktif.
Aliran tenaga: Tenaga Keupayaan (Tenaga Kimia) ke Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik
Kesan kepada alam sekitar: Tinggi
Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.