Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga
Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama dengan kerajaan.
Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangka masa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Tenaga Malaysia (PTM).
No comments:
Post a Comment