SELAMAT DATANG

Monday, 21 May 2012

Kecekapan Tenaga

           Dengan melakukan audit tenaga, sekeluarga dapat mewujudkan rumah yang cekap tenaga yang didiami. Ini adalah kerana kita dapat mengenal pasti di mana tenaga telah dibazirkan.

        1. Jom Cekap Tenaga

           Kaedah mudah untuk menjadi cekap tenaga di rumah:
- Memastikan peralatan apabila tidak menggunakannya.
- Pastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan operasi yang baik.
- Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari tip-tip kepenggunaan di laman web www.switch.org.my

        2. Membeli Produk Cekap Tenaga

           Adakah anda tahu bahawa produk cekap tenaga boleh melakukan kerja yang sama seperti produk biasa tetapi ia menggunakan tenaga elektrik yang rendah. Ya, ini bermakna anda boleh menjimatkan wang dan membantu mengurangkan perubahan iklim.

           Terdapat kaedah lain untuk menjadi Cekap Tenaga iaitu membeli produk yang menggunakan tenaga elektrik dengan cekap. Produk Cekap Tenaga ini menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah untuk melakukan kerja yang sama seperti produk tidak cekap tenaga. Dalam jangka masa panjang, anda sekeluarga dapat menjimatkan lebih banyak wang.

Walau bagaimanapun, bagaimana anda dapat mengenal pasti produk tersebut?

           Kebanyakan produk cekap tenaga ini mempunyai LABEL KECEKAPAN TENAGA bagi membantu anda dan saya memilih produk yang bersesuaian. Marilah kita melihat bebrapa Label Kecekapan Tenaga di muka surat seterusnya.

        Label Kecekapan Tenaga


Thursday, 17 May 2012

Apa Itu Elektrik?

           Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Berikut adalah beberapa langkah yang telibat dalam penjanaan elektrik :

           Banyak tenaga akan hilang semasa proses penukaran dari sumber tenaga kepada tenaga elektrik. Dengan erti kata lain, untuk menghasilkan tenaga elektrik, ia akan menggunakan banyak sumber tenaga. Ini adalah kos elektrik yang kita perlu bayar.


  • Bagaimana Tenaga Elektrik Sampai Ke Rumah?

           Saya akan menerangkan bagaimana tenaga elektrik sampai ke rumah anda. Secara amnya, terdapat 4 langkah utama untuk tenaga elektrik sampai ke rumah anda dari stesen janakuasa. Ini mungkin berbeza sedikit bagi satu negara dengan negara yang lain atau dari satu lokasi ke lokasi yang lain tetapi dari segi pengaturannya, ia adalah lebih kurang sama.


  • Bagaimana Sumber Tenaga menjadi Tenaga Elektrik?

         Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

         TENAGA ANGIN

           Angin adalah udara yang bergerak. Kita tidak boleh melihatnya tetapi boleh merasainya. Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan pergerakan ini membantu menghasilkan tenaga elektrik.

Aliran tenga: Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Rendah

Output: Bergantung kepada kekuatan tiupan angin. Di Malaysia kelajuan tiupan angin adalah rendah dan tidak konsisten.


         TENAGA HIDRO

           Kuasa Hidro adalah satu lagi jenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Manusia telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum. Elektrik dijana dengan membina empangan di tanah tinggi untuk menghalang air. Apabila air dilepaskan, ia akan memusing turbin dan menjana elektrik.

Aliran tenaga: Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Sederhana

Output: Pengeluaran yang tinggi dan bergantung kepada takungan empangan. Walau bagaimanapun, jumlah hujan menjadi faktor penentu. Perubahan ini boleh mempengaruhi operasi empangan.


         TENAGA BIOMAS

           Antara contoh bahan api biojisim adalah kayu, kumbahan dan sesetengah jenis sampah. Apabila biomas (contoh: Metana) dibakar, tenaga kimia di dalam sumber-sumber tenaga biojisim akan dibebaskan sebagai tenaga haba. Sebagai contoh, seorang peniaga membakar sate di pasar malam. Arang batu yang dibakar itu adalah dikira sebagai bahan api biojisim.

Aliran tenaga:
Tenaga Keupayaan (Tenaga Kimia) ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Rendah

Output: Pengeluaran yang tinggi dan bergantung kepada bekalan bahan mentah (merupakan bahan organik).


         TENAGA GEOTERMAL

           Pusat bumi mempunyai suhu yang sangat tinggi. Haba ini akan mengalir dalam kerak bumi dan kadang-kadang terbebas ke permukaan bumi dalam bentuk kolam air panas dan gunung berapi. Adalah mahal untuk membina stesen janakuasa tetapi kos operasi adalah jauh lebih rendah kerana kos sumber tenaga yang rendah untuk kawasan yang sesuai.

Aliran tenaga:
Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Rendah (jika diambil secara semula jadi)

Output: Stabil


         TENAGA SOLAR

           Tenaga solar boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, sperti haba dan elektrik. Tenaga solar ditukarkan kepada elektrik dengan menggunakan Photovoltaic (alat PV) atau sel solar - menukarkan cahaya matahari kepada elektrik secara terus.

Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Rendah

Output: Stabil dan sesuai untuk penggunaan domestik.


         Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui

         LOJI TENAGA PETROLEUM DAN GAS ASLI

           Petroleum dan produk-produknya adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membantu kita melakukan banyak perkara. Kita menggunakannya sebagai bahan api untuk kapal terbang, kereta dan motosikal. Petroleum juga menghasilkan produk seperti bahan kimia, ubat-ubatan dan plastik. Ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang telah mati, dimana ia mendapat tekanan yang amat tinggi selama berjuta-juta tahun.

Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Tinggi

Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.


         LOJI TENAGA ARANG

           Hampir sama dengan petroleum, tenga yang tersimpan dalam arang batu berasal daripada tenaga yang tersimpan didalm tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Selama berjuta-juta tahun, lapisan tumbuhan yang mati di dasar paya dilitupi air dan selut, memerangkap tenaga yang tersimpan di dalam tumbuhan tersebut. Arang batu boleh digunakan dalam pembuatan plastik, tar, fiber sintetik, baja dan ubat-ubatan.

Aliran tenaga: Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Tinggi

Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.


         LOJI TENAGA NUKLEAR

           Tenaga nuklear merupakan tenaga yang tersimpan di dalam nukleus atom bahan radioaktif. Bahan radioaktif yang selalunya digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear adalah uranium dan plutonium. Antara isu yang perlu diselesaikan oleh sesebuah negara adalah isu sisa radioaktif yang boleh mencemarkan alam dengan teruk, isu keselamatan reaktor nuklear dan kemungkinan berlakunya kebocoran bahan radioaktif.

Aliran tenaga: Tenaga Keupayaan (Tenaga Kimia) ke Tenaga Haba ke Tenaga Kinetik ke Tenaga Elektrik

Kesan kepada alam sekitar: Tinggi

Output: Output yang stabil, tetapi kos bahan mentah ditentukan oleh pasaran dan akan pupus.


Wednesday, 16 May 2012

Apa Itu Tenaga?

           Tenaga ialah kebolehan untuk melakukan kerja. Tenaga wujud dalam bentuk-bentuk yang berlainan seperti haba, cahaya, mekanikal, elektrikal dan kimia. Adakah anda tahu kita menggunakan tenaga untuk melakukan setiap perkara? Daripada membuat nasi lemak kegemaran anda sehinggalah menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

           Sebagaimana yang kita tahu, terdapat dua jenis tenaga, iaitu tenaga yang tersimpan (tenaga keupayaan) dan tenaga yang bergerak (tenaga kinetik). Contohnya, makanan harian anda mengandungi tenaga kimia yang akan disimpan di dalam tuduh badan anda dan akan digunakan apabila anda bekerja atau bermain.


  • Adakah anda tahu mengenai sumber tenaga?

           Terdapat banyak sumber tenaga yang kita gunakan setiap hari. Sumber-sumber ini menyimpan tenaga dalam pelbagai cara. Sumber-sumber ini dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu Sumber Tenaga yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy Resources-RE) dan Sumber Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui (Non-Renewable Energy Resources-NRE).

           Sumber RE seperti angin, solar, air, biomas dan geotermal boleh diperbaharui secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat.

           Sumber NRE seperti minyak, arang batu, gas asli dan nuklear (uranium, plutonium, dll) pula adalah dan akan kehabisan pada satu hari nanti.


  • Adakah anda tahu sumber-sumber NRE adalah mahal?

           Sumber tenaga ini mahal kerana sumber ini adalh terhad dan akan kehabisan satu hari nanti. Sumber tenaga ini akan ditukarkan daripada satu bentuk ke bentuk yang lain supaya manusia boleh menggunakannya. Jika kita menggunakannya secara membazir, kos tenaga akan meningkat pada masa depan. Tambahan pula, lebih banyak tenaga kita gunakan, lebih banyak kita menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Kebanyakan sumber tenaga yang digunakan sekarang adalah daripada sumber fosil di mana ia merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. RE pula adalah mahal untuk dibina tetapi dalam jangka masa panjang ia adalah lebih berkesan dan kos efektif.

Objektif Utama

     
  •   Mempertingkatkan kesedaran akan konsep kekecekapan tenaga di kalangan rakyat Malaysia.
  •  
  •   Mempromosikan amalan kecekapan tenaga kepada pengguna domestik, komersil dan industri.
  •  
  •   Menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga di kalangan pengguna domestik, komersil dan industri.

Tuesday, 15 May 2012

Penjimatan Tenaga, Kecekapan Tenaga Dan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga

           Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama dengan kerajaan.

           Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangka masa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan  Pusat Tenaga Malaysia (PTM).